Wednesday, January 23, 2013

Tentang isu boleh atau tidak kalimah "Allah" digunapakai di dalam Bible berbahasa Melayu...


TAHU KAH ANDA SYURGA DAN NERAKA ADALAH KALIMAH HINDU?

BAGAIMANA KALAU PENGANUT HINDU TAK BENARKAN?

Saya mendesak agar ulama PAS dan UMNO melarang orang-orang Melayu daripada menggunakan Al Quran versi Melayu kerana ia menggunakan pelbagai kalimah yang berasal daripada agama Hindu.

Contoh-contoh:
(1) Dosa
(2) Sembahyang
(3) Neraka
(4) Syurga
(5) Bidadari yang berasal daripada Vidhya Dhari dan banyak lagi.

Sesiapa yang menggunakan kalimah-kalimah ini didalam upacara agama Islam telah murtad daripada agama Islam. Mengapakah orang-orang Melayu banyak menggunakan perkataan-perkataan agama Hindu?

Jawabnya:

PARAMESWARA - rajah (satu lagi perkataan Sanskrit) Melayu yang pertama kali datang ke Tanah Orang Asli pada tahun 1344 adalah seorang Rajah yang beragama Hindu.

Erti Parameswara di dalam bahasa sanksrit ialah Tuhan.

Sebab itu orang Melayu daripada zaman dahulu sampai sekarang memanggil Rajah "Tuhanku" dan menyembah Rajah-Rajah ini yang mereka anggap sebagai tuhan sebagai Seri Paduka, Yang Maha Mulia, dan banyak lagi contoh lain yang membolehkan orang Melayu menjadi mushrikin.

on PENGUMUAN : SILA JANGAN HINA PATIK PACAL YANG HINA

kredit to : Tukartiub.blogspot.com


No comments: